Kelas : 2 Amanah
Tarikh : 28.10.2010
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Topik : Mengukur isipadu cecair
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur
dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai
( liter ) dengan betul.
Bahan : silinder penyukat, jag penyukat, pelbagai jenis bekas, baldi,
cecair berwarna.
Peng. Sedia Ada : Murid telah mengetahui cara mengukur isipadu
dengan menggunakan pelbagai bekas sebelum ini.
Kosa kata : liter, silinder penyukat, jug peyukat
Strategi Pengajaran : inkuiri penemuan
Nilai Murni : menjaga kebersihan, berhati-hati
Langkah :
1. Guru mempamerkan silinder penyukat dan jug penyukat di hadapan kelas.
Guru dan murid berbincang tentang ciri- ciri dan kegunaan silinder penyukat dan
1 liter = 1000 mililiter |
jag penyukat.
2. Seorang murid dipilh sebagai penunjukcara menyukat cecair menggunakan bikar dan
silinder penyukat.
3. Guru menerangkan cara yang betul membaca ukuran cecair pada silinder penyukat dan jag
penyukat.
4. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan 5 orang satu kumpulan untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
5. Berikan setiap kumpulan silinder penyukat, jag penyukat, pelbagai jenis bekas, baldi dan
cecair berwarna ( guru perlu memastikan bekas yang digunakan mempunyai ukuran yang
tepat kepada liter. Contohnya 1 liter atau 2 liter dan sebagainya)
6. Guru meminta murid mengisikan bekas tersebut dengan cecair berwarna hingga penuh.
Kemudian tuangkan cecair tersebut ke dalam silinder penyukat atau jag penyukat.
7. Minta murid membaca isipadu cecair bagi bekas tersebut dan catatkan bacaannya.
8. Ulangi langkah tersebut dengan bekas-bekas yang lain. Minta murid yang berlainan untuk
mengukur dan membaca isipadu cecair.
9. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil pengukuran isipadu cecair.
10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
No comments:
Post a Comment