Kelas : 2 Adil
Tarikh : 28.10.2010
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Topik : Pengenalan isipadu cecair
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur
dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan
piawai dengan betul.
Bahan : botol, mangkuk, jag, gelas, cawan, baldi, cecair berwarna, ( bekas
untuk pengukuran sebaik-baiknya yang lutsinar supaya murid
dapat melihat dengan jelas cecair di dalamnya ).
Peng. Sedia Ada : Murid telah mengetahui maksud penuh, kosong dan separuh dalam
kehidupan seharian mereka.
Kosa kata : penuh, kosong, separuh, lebih, kurang
Strategi Pengajaran : inkuiri penemuan
Nilai Murni : menjaga kebersihan, berhati-hati
Langkah :
1. Guru menunjukkan 1 biji gelas dan 1 biji mangkuk berisi air.
2. Minta murid menyebutkan bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair yang lebih.
( murid mengatakan isipadu gelas lebih sebab ianya tinggi)
3. Guru meminta dua orang murid menuangkan air tersebut ke dalam dua biji gelas yang
lain. Minta murid menyebutkan bekas yang manakah yang mengandungi lebih
air. ( murid mengatakan kedua-duanya sama banyak )
4. Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh diukur berdasarkan
ketinggian bekas.
5. Guru menunjukkan 3 biji gelas yang sama saiz.
Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.
6. Perkenalkan kosa kata ‘ penuh ‘, ‘separuh’, ‘penuh’.
7. Minta murid tampil ke hadapan dan mengisi air mengikut kosa kata yang diberikan
dengan bantuan guru.
8. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.
9. Berikan setiap kumpulan satu set bekas, baldi dan cecair berwarna.
10. Minta murid mengisi bekas-bekas tersebut dengan air berdasarkan kosa kata yang diberi.
Kosa kata bagi setiap kumpulan adalah berlainan.
Contoh : botol : penuh , gelas : separuh
11. Murid mengisi air ke dalam bekas dengan berhati-hati.
12. Minta murid menyusun bekas tersebut dan bandingkan isipadu cecair.
13. Guru memeriksa setiap kumpulan untuk memastikan murid mengisi air dengan betul
berdasarkan kosa kata yang diberikan.
14. Edarkan lembaran kerja. Warnakan bekas berdasarkan kata kosa yang diberikan.
No comments:
Post a Comment