Friday, November 26, 2010

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair ( Murid Berpencapaian Tinggi )

Kelas                             :       2 Amanah

Tarikh                           :       28.10.2010

Tajuk                            :        Isipadu Cecair

Sub Topik                     :       Mengukur isipadu cecair

Objektif                         :       Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur
                                                dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai  
                                                ( liter ) dengan betul.
                                                  
Bahan                           :         silinder penyukat, jag penyukat, pelbagai jenis bekas, baldi, 
                                                 cecair berwarna.

Peng. Sedia Ada          :         Murid telah mengetahui cara mengukur isipadu

                                                dengan menggunakan pelbagai bekas sebelum ini.

                                                 
Kosa kata                     :         liter, silinder penyukat, jug peyukat

Strategi Pengajaran    :         inkuiri penemuan

Nilai Murni                  :         menjaga kebersihan, berhati-hati

Langkah                       :         
 1.      Guru mempamerkan silinder penyukat dan jug penyukat  di hadapan kelas.
          Guru dan murid berbincang tentang ciri- ciri dan kegunaan silinder penyukat  dan  

  1 liter = 1000 mililiter
          jag penyukat.            


2.      Seorang murid dipilh sebagai penunjukcara menyukat cecair menggunakan bikar dan
         silinder penyukat.
                                                              
3.      Guru menerangkan cara yang betul membaca ukuran cecair pada silinder penyukat dan  jag  
         penyukat.      
4.      Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan   5  orang satu kumpulan untuk
         menjalankan  aktiviti pembelajaran secara kooperatif.

5.      Berikan setiap kumpulan silinder penyukat, jag penyukat,  pelbagai jenis bekas, baldi dan  
         cecair berwarna ( guru  perlu memastikan bekas yang digunakan mempunyai ukuran yang
         tepat kepada liter.  Contohnya 1 liter atau 2  liter dan sebagainya)                                                               

6.       Guru meminta murid mengisikan bekas tersebut dengan  cecair berwarna hingga penuh.
          Kemudian tuangkan   cecair tersebut ke dalam silinder penyukat atau jag penyukat.
                                                                 
 7.       Minta murid membaca isipadu cecair bagi bekas tersebut dan catatkan bacaannya.
                                                                 
 8.       Ulangi langkah tersebut dengan bekas-bekas yang lain. Minta murid yang berlainan  untuk  
           mengukur dan   membaca isipadu cecair.
                                                               
9.       Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil pengukuran isipadu cecair.
                                                              
10.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Mengukur Isipadu Cecair ( Murid Berpencapaian Rendah )

Kelas                          :           2 Adil

Tarikh                        :           28.10.2010

Tajuk                          :          Isipadu Cecair

Sub Topik                   :          Pengenalan isipadu cecair

Objektif                      :           Pada akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur 
                                               dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan  
                                                piawai dengan betul.

Bahan                         :           botol, mangkuk, jag, gelas, cawan, baldi, cecair berwarna, ( bekas
                                                untuk pengukuran sebaik-baiknya yang lutsinar supaya murid  
                                                dapat  melihat dengan  jelas cecair di dalamnya ).

Peng. Sedia Ada        :           Murid telah mengetahui maksud penuh, kosong dan separuh dalam
                                                 kehidupan seharian mereka.

Kosa kata                   :           penuh, kosong, separuh, lebih, kurang

Strategi Pengajaran  :           inkuiri penemuan

Nilai Murni                :           menjaga kebersihan, berhati-hati

Langkah                     :   
1.        Guru menunjukkan 1 biji gelas dan 1 biji mangkuk berisi air.

2.        Minta murid menyebutkan bekas manakah yang mempunyai  isipadu cecair yang lebih.           
           ( murid mengatakan isipadu gelas lebih sebab ianya tinggi)

3.        Guru meminta dua orang murid menuangkan air tersebut ke  dalam dua biji gelas yang  
            lain. Minta murid menyebutkan  bekas  yang manakah yang mengandungi lebih
           air. ( murid mengatakan kedua-duanya sama banyak )    


 4.        Guru menerangkan bahawa kandungan isipadu cecair tidak boleh  diukur berdasarkan
            ketinggian bekas.

5.        Guru menunjukkan 3 biji gelas yang sama saiz. 
           Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas tersebut.
                                                
6.        Perkenalkan kosa kata ‘ penuh ‘, ‘separuh’, ‘penuh’.

7.        Minta murid tampil ke hadapan dan mengisi air mengikut kosa  kata yang diberikan  
           dengan bantuan guru.
                                                  

 8.        Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4  orang ahli  untuk
            menjalankan aktiviti pembelajaran secara  kooperatif.

9.        Berikan setiap kumpulan satu set bekas, baldi dan cecair berwarna.   
                                                   
10.       Minta murid mengisi bekas-bekas tersebut dengan air berdasarkan kosa kata yang diberi.
            Kosa kata bagi setiap kumpulan adalah berlainan.                                                    

            Contoh : botol : penuh    ,    gelas : separuh
                                                    

11.       Murid mengisi air ke dalam bekas dengan berhati-hati.                                      
                                                    
                                                                                          
12.       Minta murid menyusun bekas tersebut dan bandingkan isipadu  cecair.
                                                    
13.       Guru memeriksa setiap kumpulan untuk memastikan murid  mengisi air dengan betul  
            berdasarkan kosa kata yang diberikan.

14.       Edarkan lembaran kerja. Warnakan bekas berdasarkan kata kosa yang diberikan.                

Tuesday, November 23, 2010

Bahan bantu mengajar isipadu cecair

Murid-murid pada masa kini lebih suka kepada aktiviti luar atau outdoor activity dan juga sesuatu yang mencabar. Aktiviti-aktiviti luar yang mencabar akan dapat menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu perkara. Guru-guru boleh menggunakan  bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik minat murid. Penggunaan bahan bantu mengajar juga sesuai dan berkaitan dengan kehidupan murid supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingati oleh murid. Bahan tersebut juga dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk memberi pengalaman dan kefahaman yang lebih jelas kepada murid.

Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar daripada bahan terpakai dan mudah didapati sekaligus menjimatkan kos dan tenaga. Antaranya ialah bahan-bahan yang mudah dicari dan terdapat di persekitaran kita seperti botol, cawan, baldi, gelas, mangkuk, jug dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut mudah diperolehi dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, kita juga dapat menyelamatkan bumi kita daripada pencemaran dengan menggunakan botol plastik sebagai bahan bantu mengajar.

Manakala untuk mengajar murid mengukur isipadu cecair melibatkan unit piawai iaitu liter ( l ), guru boleh menggunakan silinder penyukat dan juga bikar. Bahan-bahan tersebut mudah diperoleh kerana terdapat di makmal sains sekolah. Selain itu, guru juga boleh menunjukkan cara yang betul untuk mengukur dan membaca sukatan pada silinder penyukat dan jug penyukat.

Bahan Bantu Mengajar 1
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit tidak piawai.
Bahan : botol air mineral, mangkuk, gelas, cawan, jug, baldi, cecair berwarna


Bahan Bantu Mengajar 2
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai (liter).
Bahan : silinder penyukat, jug penyukat, pelbagai jenis bekas, cecair berwarna, lembaran kerja

Definisi Isipadu Cecair

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatanboleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz. . Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.


Alat Pengukuran Isipadu Cecair 

1. Non Standard Units atau Unit Bukan Piawai.
        2. Standard Units atau Unit Piawai ( liter / milliliter )